Thursday 5 April 2012

PERATURAN BARU KEMENTERIAN PENERANGAN MALAYSIA - LARANGAN LGBT DI TV DAN RADIO

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah ke atas peraturan baru ini walaupun ia agak lambat dilaksanakan. Keadaan di Malaysia terutama di kalangan orang Melayu Islam semakin parah. Gejala lelaki lembut dan pondan semakin menjadi-jadi. Tidak ketinggalan juga gejala tomboy dan penkid. Budaya ini semacam sudah boleh diterima oleh masyarakat kita.Golongan ini pula sudah tidak merasa malu untuk menonjol perwatakan luar dari hukum agama.
 Semua ini belaku adalah kerana proses sosialisasi yang sekian lamanya tidak diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Peranan ibubapa hanya mampu membimbing di rumah walhal perwatakan seseorang individu itu 75% dipengaruhi oleh persekitaran luar. Kerajaan melalui pelbagai mekanisma sudah mampu menyelesaikan masalah ini sejak dahulu lagi.
Pengaruh televisyen yang memaparkan watak-watak lelaki lembut,pondan,tomboy dan penkid  seolah-olah mereka ini boleh diterima dalam masyarakat atas nama hak asasi. Sedangkan dalam hukum agama ia bertentangan sama sekali.. Kegagalan dalam menafsirkan erti  Khunsa telah menyebabkan golongan ini menganggap keadaan mereka itu adalah fitrah Allah. Keadaan sebenar ialah mereka ini sedang mengalami penyakit sosial yang kronik dan umat Islam sedang meniti jalan ke arah Zaman Nabi Luth yang disebut dalam AlQURAN sebagai peringatan kepada umat Islam hari ini.
Setaip kali dalam solat,ketika membaca Surah Alfatihah kita memohon kepada ALLAH agar ditunjukkan Siratul Mustaqim (jalan yang lurus) .Tetapi dalam kehidupan seharian kita masih melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kita terjerumus ke lembah kebinasaan.
Bila terbaca tentang larangan ini yang cuma terhad kepada RTM sahaja, bagaimana dengan Media Prima dan Astro. Kalau setakat RTM sahaja tidak akan mendatangkan sebarang impak. Seharusnya pihak kerajaan mnguatkuasakan kepada semua stesen penyiaran di Malaysia. 
Bagaimana hendak menakrifkan status seseorang itu lelaki lembut,pondan,tomboy atau penkid. Isu ini akan menjadi kontrovesi dan akan dipertikaikan. Diharap pihak Kementerian Penerangan bersiap sedia dengan garis panduan yang jelas dan biarlah ia berlandaskan hukum agama yang mendapat nasihat dari ulamak-ulamak.